Sunday, June 5, 2022

Projek Komuniti Sihat Peringkat Sekolah (MyDLLK)


 SK BATU 14 - Kehidupan murid pada masa kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan tidak seimbang dan kurang menjaga kesihatan badan. Mereka lebih gemar mengambil makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Cara pemakanan yang tidak sihat ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah murid, disamping cenderung mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya seperti obesiti


Murid seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal secara optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang merbahaya serta dapat membentuk peribadi mulia. Oleh sebab itu pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan satu program khas MyDLLK untuk murid iaitu


a) Tema : Program Komuniti Sihat

              1) Aktiviti (3 jenis aktiviti dalam Pelaksanaan program Drink)

                  - Jalinan Sihat Bersama JPJ 

                  - Jalinan Sihat Bersama LPKKN 

                  - Pertandingan mewarna Tahap 1

b) Tema : Program Minum Susu Membentuk Minda Cergas

             2) Aktiviti (3 Aktiviti dalam pelaksanaan Program Move dan 1 Aktiviti Program Drink)

                 - Ceramah pemakanan sihat tentang kepentingan minum susu

                 - Senamrobik Dutch Lady 

                 - Bengkel penyediaan makanan sihat

                 - Penghasilan rekacipta daripada kotak susu Dutch Lady


Melalui program ini, murid-murid disarankan untuk mengambil 2 gelas susu Dutch Lady untuk memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh badan supaya semua murid sentiasa sihat dan cergas semasa di sekolah. 

Dalam usaha mencapai objektif program, satu aktiviti telah diadakan di mana ia melibatkan penyertaan daripada ibubapa dan komuniti setempat dalam usaha untuk mewujudkan kerjasama dan perhubungan dengan pihak sekolah. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah yang akan membantutkan aktiviti yang telah dirancang. Semoga usaha yang dijalankan dapat meningkatkan semangat kerjasama dan muhibah antara PIBK dengan Warga SK BATU14

No comments:

Post a Comment

Pemenang Kitar Semula 2023

 Pertandingan Anyaman 4x4 tbc 40 Tahun 6 *5 pemenang TERPANTAS 5-15 MINIT Perempuan Lelaki 1. Sayang ...